Thursday, November 27, 2008

JAMU RAHSIA KECANTIKAN ABADI

Kulit yang bersih, sihat, kemerahan semulajadi, tegang; rambut yang sihat, mata bersinar, bentuk tubuh badan menarik, payudara yang mekar tegang, awet muda dan sebagainya sememangnya sentiasa menjadi idaman setiap yang bergelar wanita. Oleh itu ramai berusaha supaya kelihatan sentiasa cantik dan kelihatan sentiasa muda jelita dengan mengamalkan pelbagai amalan kecantikan dan juga menjaga tatarias supaya sentiasa kelihatan cantik.


Namun begitu, masih ramai yang terlupa kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman, sekiranya rahim tidak sihat ianya menyerlah pada wajah, kulit menjadi kusam, tiada seri wajah, mudah ditumbuhi jerawat, kulit cepat berkedut, badan cepat letih, sakit sendi, rambut gugur, cepat menapouse dll. Ini semua kebanyakannya berpunca dari rahim yang tidak sihat, keputihan yang melekat di dinding rahim, dll. Kebanyakan di antara kita kadangkala mengeluh kerana telah berhabis beratus-ratus RM dan masa untuk mengatasi masalah-masalah ini namun kesannya mengecewakan.

Di sinilah jamu memainkan peranan dalam kehidupan wanita-wanita melayu zaman dahulu. Amalan memakan jamu yang betul dan sesuai dapat membantu menyelesaikan setengah permasalahan kaum wanita khususnya.
Kak Jayn ingin berkongsi jamu buatan bidan kampung yang sekian lama menjadi rahsia kesihatan rahim dan tubuh badan bagi keluarga supplier Kak Jayn. Keluarga mereka dari generasi demi generasi sangat mempercayai jamu-jamu buatan bidan kampung ini. Asalnya jamu-jamu ini di dalam bentuk serbuk namun telah diperkemaskan dan dipermudahkan untuk kesenangan penggunanya. Ramai yang telah mencuba dan gembira dengan kesan Jamu Bidan Ratu ini.
Untuk petuacantik lawati blog saya ini pula : http://cantik2.blogspot.com/

No comments: